WELCOME

Jumaat, 30 September 2011

Good Luck...

Warga SMK Dato' Hj Mohd Taib mengucapkan selamat menduduki PMR 2011 pada 4 hingga 11 Oktober 2011. 
Kami mengucapakan selamat berjaya dan berdoa agar
memperolehi kelulusan yang cemerlang.

Jumaat, 2 September 2011

Lagu Sekolah

Berilmu beramal berakhlak

 
Kepada sekolah yang tercinta

Ku tetap kenang dikau sentiasa

Semua tunjuk ajar didikan

Jadi amalan masa depan

Berilmu beramal berakhlak

Itulah cogan kita

 

Azam dan iltizam

Seiring dan sejalan

Sekolah Dato’ Hj Mohd Taib

Jadi lambang kejayaan

 

Kupegang janji harum namamu

Ku ingat hidup perlu berilmu

Bersantun berbudi mulia

Amalan yang terpuji

Bersatu bekerjasama

Ilmu amal berakhlak

Ilmu amal berakhlak

Visi dan Misi

Visi Sekolah

“SMK Dato Haji Mohd Taib terus melahirkan pelajar berilmu, bersahsiah mulia, berketrampilan dan kemahiran "

 
Misi Sekolah

Semua warga SMK DATO' HAJI MOHD bersama-sama berusaha:
1.     Memperkasakan kepimpinan instruksional dan transformasi
2.     Membudayakan head-count
3.      Melaksanakan pemantauan dan penyeliaan secara bersepadu di semua peringkat
4.     Memantapkan pelaksanaan program kecemerlangan akademik, sahsiah dan kokurikulum
5.     Memantapkan hubungan sekolah dengan komuniti setempat.
Moto Sekolah
BERILMU, BERAMAL, BERAKHLAK

SEJARAH SEKOLAH

1)Sek.Men.Chemor ditubuhkan pada 16 April 1988,diketuai oleh Encik Mohammad Aun bin Yob Abas sebagai Pengetua yang pertama,dengan 12 orang guru yang diarahkan bertukar dari Sek.Men.Aminuddin Baki,Chemor.

 2)Pada peringkat awal,sekolah ini ditempatkan di bangunan sementara di SMK.Aminuddin Baki.Pada 25 Mac 1991,SMK Chemor berpindah ke bangunan sendiri dengan keluasan sekolah 9 hektar yang dikelilingi kawasan perumahan dan pertanian.

3)Pada awal penubuhannya,jumlah pelajar sebanyak 788 orang pada tahun 1992 bermula dari tingkatan peralihan hingga tingkatan lima dengan jumlah 39 orang guru.Kebanyakan murid datang dari perkampungan yang berhampiran iaitu Kampung Ulu Kuang,Kampung che zainal,Kampung Baru Tanah Hitam,penduduk ladang-ladang getah,Kampung Baru Kuala Kuang,Kampung Ulu Chepor dan Taman Klebang Chemor.

4)Pada tahun 25 Jun 1999,nama Sekolah Menengah Chemor telah ditukar kepada SMK Dato Hj Mohd Taib sempena nama seorang tokoh usahawan yang disegani di Perak.Sejak penubuhannya hingga tahun 2001,sekolah ini menjalankan dua sesi persekolahan iaitu pagi dan petang.Setelah dua blok bangunan baru siap pada tahun 2002 membolehkan satu sesi persekolahan dibuat.

5)Pada tahun 2004 dengan pertambahan murid seramai 356 orang di tingkatan satu,pihak pentadbiran sekolah telah memohon kepada dua sesi persekolahan.Tingkatan Enam Rendah mula ditubuhkan.

Isnin, 29 Ogos 2011

Renungan Bersama

Kita tidak dilahirkan terus,
berjaya, bahagia, pandai, menang …
Kita juga tidak dilahirkan terus,
gagal, menderita, kecewa, jahil, kalah …
Tetapi kita mempunyai potensi untuk kedua-duanya.

PERKHIDMATAN UKB

MEMANTAPKAN SISTEM MENTOR-MENTEE
MEMANTAPKAN PERANAN PEMBIMBING RAKAN SEBAYA
PENYELIAAN GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
PELAPORAN PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
SENARAI SEMAK MASALAH PELAJAR
PENGHARGAAN KEPADA GURU BIMBINGAN DAN KAUNSELING
DASAR 60:40: PENYERTAAN PELAJAR DALAM JURUSAN SAINS


Kenali Kaunselor Anda...