1)Sek.Men.Chemor ditubuhkan pada 16 April 1988,diketuai oleh Encik Mohammad Aun bin Yob Abas sebagai Pengetua yang pertama,dengan 12 orang guru yang diarahkan bertukar dari Sek.Men.Aminuddin Baki,Chemor.
2)Pada peringkat awal,sekolah ini ditempatkan di bangunan sementara di SMK.Aminuddin Baki.Pada 25 Mac 1991,SMK Chemor berpindah ke bangunan sendiri dengan keluasan sekolah 9 hektar yang dikelilingi kawasan perumahan dan pertanian.
3)Pada awal penubuhannya,jumlah pelajar sebanyak 788 orang pada tahun 1992 bermula dari tingkatan peralihan hingga tingkatan lima dengan jumlah 39 orang guru.Kebanyakan murid datang dari perkampungan yang berhampiran iaitu Kampung Ulu Kuang,Kampung che zainal,Kampung Baru Tanah Hitam,penduduk ladang-ladang getah,Kampung Baru Kuala Kuang,Kampung Ulu Chepor dan Taman Klebang Chemor.
4)Pada tahun 25 Jun 1999,nama Sekolah Menengah Chemor telah ditukar kepada SMK Dato Hj Mohd Taib sempena nama seorang tokoh usahawan yang disegani di Perak.Sejak penubuhannya hingga tahun 2001,sekolah ini menjalankan dua sesi persekolahan iaitu pagi dan petang.Setelah dua blok bangunan baru siap pada tahun 2002 membolehkan satu sesi persekolahan dibuat.
5)Pada tahun 2004 dengan pertambahan murid seramai 356 orang di tingkatan satu,pihak pentadbiran sekolah telah memohon kepada dua sesi persekolahan.Tingkatan Enam Rendah mula ditubuhkan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sebarang komen membina dialau-alukan...terima kasih di atas kerjasama anda semua...
Selamat Hari Raya Aidilfitri